Monday, November 30, 2009

Cooking Class...



HaI...Ju$t nak Share Pengalaman...Hari Tue 20/11/2009 aku ada attend 1 class memasak...hari tue dia ajaq buat Kuih...baGi aku agak TradiSional la coz kuih Talam.... Hari tue aku blajaq 3 jenis.... pengalaman yg Best...


Even hari tue Hari JUmaat aku penuh kan jgk masa aku...dia start kul 12.30 tgh/hari -2.30 ptg......best...baru aku tahu tak la ssh sgt belajaq buat kuih nie...cuma biasala utk org mcm aku...dl tak suka msk cm nie...


bElow, aku bagi pic skit utk korang tgk...tapi utk hari nie nama je la ye...next time aku bg resipi coz aku tertinggal resipi dlm keta...mls nak p amik...just tgk ajela ye....hehehe


* nie nama dia TALAM 3 RASA *


-) Layer bwh dia rasa red bean.


-) Layer tgh dia rasa jagung


-) Layer atas dia rasa pandan....











* nie nama dia TALAM BUJANG PISANG*

- dlm dia ada pisang...lembut gila...sedap...-
* nie nama dia KEK KUKUS LAPIS CHEESE MILO*
- nie yg plg sedap....tapi utk org yg diet elak-elakkan ye...-
Pengalaman p kelas nie amat2 best...dan aku tak sabar nak p kelas dia ahad nie 6/12/2009.... kali nie ada ajaq mie kari, pas tue pa lagi tah...anyway nnti aku update citer ye....
okla...ada benda nak settle nie...c yaaaa....

Friday, November 20, 2009

10 Cara ErAt HubunGan Sedia Ada (TeruTama Dgn PaSanGan Anda)


Here some tips for u guys... Tips apa??? Tips untuk mengeratkan hubungan kemanusiaan terutama dgn org tersayang...kita nie kdg2 terlupa...so hari nie sama2 kita renung kan & perbetulkan jika kita ada tertinggal @ abaikan...SeLamat Beramal...

1. KATAKAN DIA PENTING DLM HIDUP ANDA.

*kena ckp..coz kdg2 psgn kita tak tau.dia ingat kita tak syg dia bila kita tak lyn dia..psss!!!sebenarnya if kita ckp pasangan tahu dia akan lbh sygkan kita...cubala (terutama bg jejak..diorg nie ssh nak ckp diorg sygkan psgn diorg.sblm kawin ye..lps kawin agak payah)*

2. FAHAMI DIA AGAR DIA MEMAHAMI ANDA.

* Cara kita kdg2 tak sama org.Perangai kita pun sama.If kita nak org faham kita, kita pun kenala faham org tue. baru la senang.Jangan kata dia tak faham kita kalau kita sendiri tak cuba fahami dia..terutama pasangan kita.*

3. PERCAYA UNTUK DIPERCAYAI.

*Kepercayaan boleh dipupuk.If kita org percayakan kita, kita pun kena percayakan org tue..Tapi ingat, sekali kepercayaan seseorg tue dipermainkan amat susahla dia nak percaya balik.*

4. MENGALAH UNTUK MENANG.

* Kenali pasangan bukan bermaksud utk mengalahkannya @ mencari kelemahannya.Ini kerana dlm hdp berpasangan terutama husband & wife, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam 1 perkahwinan, ada 2 kuasa. Kuasa suami utk memulakan & menyuarakan. Kuasa isteri pula sama ada bersetuju @ tidak. sekiranya kedua-dua menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak peranda.*

5. TUNJUKKAN MINAT MENDALAM TERHADAP PASANGAN

6. SENYUMAN TANDA KASIH TIDAK BERBAYAR.

* Senyum itu 1 sedekah.It's 'Free'.bila anda senyum pada pasangan,hatinya tengah duka lara akan terubat..dan betapa nikmatnya if dia membalas senyuman anda.andalah penawar & penenang jiwanya *

7. PANGGILAN MANJA UNTUK SI DIA.

*Panggillah pasangan anda dengan panggilan manja..cthnya:syg,baby,honey,dear, darling & dll. naaper? & apa hikmahnya? coz bila anda @ dia dipanggil dgn panggilan yg manja anda akan rasa lbh disygi & "special" dr org lain...*

8. BERCAKAP TTG APA YG DISUKAI OLEH PASANGAN.

*tgk mood psgn.ckp benda2 yg tak membangkitkan kemrahan @ merosakkan mood dia...anda sayang dia tak?*

9. ELAKKAN PERGADUHAN.

* beralah bkn bererti kalah..jika ada benda yg dibincangkan menaikkan kemarahan anda & dia, slh seorg kenala lbh bersabar..coz if anda pn naik drh sama so perang makin teruk. silap2 musnah hubungan yg dah sedia ada..mana untung? bersabar ke, teruskan angin gelong anda?*

10. JANGAN KATA MENYESAL BERKAHWIN DENGANNYA.

* bila nada dh decide nak kawin bermaksud anda dh sedia nak hidup ssh & senang dgn dia. anda dah teima perangai dia. baik buruk dia. so bila dah kawin carry on jela..naper nak kata menyesal kawin dgn dia? bila tgh bahagia tak pulak kata menyesal kawin dengan dia. otak ada kan? tak pikir ke masa nak kata tue?ke anada rasa kawin dgn org lain lg ok? INGAT!!JODOH KITA ADALAH YG TERBAIK BUAT KITA YG TELAH ALLAH TETAPKAN.CUMA KITA KENA REDHA.. paham?*

so, tilik balik...mana kurangnya kita...top-up kan yg mana kurang..aku just share. & pesanan aku nie ikhlas utk semua termasuk diari sendiri...kita manusia tak sempurna...so sama2lah kita berubah menjadi lbh baik dr sedia ada...wallahualam...

RaWaTan TradisiOnaL TeGanG PaYudaRa

hai...just nak share petua yg amat diminati terutama bagi kaum wanita...

LABU

* KuPas 1/2 biji laBu & masaK hingga LemBik. Ramas LaBu ketika masiH Suam. Then Sapu paDa seluruh Payu Dara. Biar selaMa 20 Min sblm dibilas. LaKukan petUa sebyk 2 kali dlm Seminggu.

DAUN SIRIH

* Ambil bebeRapa heLai daUn Sirih. Layurkan Atas Api & angKat seTelah agak2 Panas. Jaga supaya daun sirih TidaK terBakar. Kemudian TekaPkan Pada Payu Dara. Bentukkan Ia Seperti Cwn Coli tetaPi paStikaN tiDak menutupi PutinG. Lakukan yg Sama paDa Payu Dara yg sebeLah lg. SelePas itu, paKai Coli seperti BiaSa & biarKan dalaM 2-3jam. Jika Mahu peTua ini boleh diamaLkan seTiap Hari.

URUTAN

* Selain petUa TradisiOnal, WaniTa boLeh memilih UrutaN bagi mendaPatkan Payu Dara yg Di ingini. Urutan yg dilakukan dgn mengelilingi paYu Dara dikatakn Dapat menguranGkan Rasa Sakit & denyuta N apaBila Ia meNgeras.

SENAMAN PAYU DARA

* SenamaN paYudaRa juGa daPat memBantu. CaraNya mudah & tiDak meMerlukan Masa yg LamA. CAraNya ialah Dgn MenegaKKAN bdN & menggenggaM edua-Dua tapak tangan. Tolak keArah berLawanan & lakukan SelaMa 10-15 min.

Kita MenCuba & berUsaha tetapi ALLAH yaNg menetukAn...Selamat Mencuba!!!

Thursday, November 19, 2009

36 CaRa Untuk NamPak HeBat....






Jika anda berAzam untuk Mengubah Gaya @ cuba memberi penampilan baru pada Diri tetapi masih berasa jaUh keTinggalan & masih dalaM peRingkaT Trial & Error, beberapa tipS boleh diamaLkaN :-


  1. JangAN tiRu gaYa Org Lain. Cari 1 KeisTimewaaN @ PerSamaan Yg BoleH anda Gunakan, munGkin Warna & caRa SoleKan Mata cthnya.
  2. Jgn Buat PeruBahaN menDadak. Secara Psikologi, PerubahaN Berperingkat-peringkat lbh Bgs DrpD perubahan Yg dibuat Secara MendaDak KrN anda Blh Membina KeyaKinan diri setiap kali anda MembuAt PerubaHan.
  3. RaMbuT adalah 1 Aset Yg Penting yG mampu Menghasilkan perubahan & Imej yg Berbeza. Hati2 sblm Memotong Rambut @ menukar gaya. Dptkan NasiHat Jurudandan anda terLebih Dahulu.
  4. Pilih waRna paKaian sesuai kedudukan & kerjaya. Jika Dibidang Korporat, adalah sesuia anda menggunakan warna2 yg menampakkan "I mean business" & hebat.
  5. 6 bln @ 1 thn sekali dptkan makeover di pusat membeli belah yg biasanya membuat promosi solekan & nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.
  6. Bertukar2 haruman. Jgn gunakan 1 haruman lbh 30 hari.. Tahukah anda haruman berupaya menukar mood @ perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yg anda pakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah anda pd penampilan anda. & setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya dasar bunga lbh romantik, limau & tumbuhan mencetuskan kesegaran & keceriaan sementara bau rempah boleh menghasilkan 1 keyakinan.
  7. Gincu bibir memainkan peranan penting menyerlahkan wajah & membuatkan org mengingati anda Dgn warna yg anda pakai.Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari supaya org tidak berpendapat bahawa mereka berhadapan dengan 'tembok' yg sama.
  8. Jika ingin mencuba warna terang & lantang tetapi tidak berani , gunakan teknik berperingkat.
  9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dptkan rawatan facial nyahtoksin & kembalikan kesegaran.
  10. Kunjungi spa @ pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuatkan anda berasa segar & sentiasa bertenaga
  11. Bersukan blh menyegarkan badan & memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman & lari drpd ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual ttg perkara yg menyeronokkan, luar skop kerja & keluarga.
  12. Bersenam. Jika anda tidak pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti utk kesihatan melalui bersenam seperti aerobik, tai chi & sebagainya yg bukan shj menyeronokkan badan ttp melegakan kesihatan.
  13. Hentikan merokok. Selain mengganggu sistem tubuh, merokok menbuatkan anda kurang bergaya @ kurang 'cool' krn ia memberi gambaran seseorang itu sedang berserabut fikirannya.
  14. Makan makanan yg boleh membuatkan anda gembira & ceria seperti kek, coklat, cip kentang & sebagainya asalkan jumlahnya tidak keterlaluan.
  15. Elakkan makanan proses & berlemak tinggi secara berlebihan krn ia boleh mengganggu & melemahkan sistem tubuh & seterusnya membuatkan kulit & badan anda tidak sihat.
  16. Dgn cara pemakanan & makanan yg kita makan hari nie, supplement @ zat tmbhn adalah penting. Pastikan anda mendapatkan vitamin, galian & zat tmbhn yg diperlukan. Dptkan nasihat doktor anda apa yg anda perlukan & jenama terbaik utk anda.
  17. Jgn abaikan kasut & beg tgn. W/pn kasut & beg tgn dipaki utk keperluan tertentu, anda patut suaikan beg tgn & kasut dgn pakaian jika ingin penampilan anda hebat & berkesan.
  18. Pastikan kasut anda dilap bersih & tdk berlumpur di tumit. Ia mencacatkan penampilan & menggugat Kepakaran kerjaya anda.
  19. Sederhana utk Korporat. Pakai perhiasan seperti anting2, rantai & gelang sederhana & kecil jika anda dibidang korporat. Begitupun anda boleh mencuba yg agak besar jika berani ttp pastikan ia sesuai gaya, pakaian & peribadi anda.
  20. Elakkan kerlipan.!! Utk aktiviti @ tugas siang, cuba elakkan perhiasan, pakaian juga solekan yg berkilat @ berkilau. Simpan ia utk digayakan pd waktu malam.
  21. Briefcase hasilkan gaya hebat. Ia amat sesuai bg anda yg berada di peringkat eksekutif. Selain menampilkan gaya hebat anda nampak serius dlm tugas.
  22. Cuba maskara. Ramai wanita tidak begitu minat menggunakan maskara krn bimbang nampak terlalu bersolek. Begitu pun pemakaian selapis maskara mampu memperindahkan mata & keseluruhan wajah serta membuatkan mata nmpk segar bersinar.
  23. Air amat penting utk kehidupan. Pastikan sebotol air galian disisi setiap masa, di meja pejabat, dlm kereta @ pun beg tgn. Minum beberapa teguk setiap 1/2 jam utk kembalikan kehilangannya. Ingat air menentukan perjalanan zat dlm darah & bagus utk kulit. Cukup air, kulit segar & anda tampil hebat.
  24. Jgn sembunyikan kekurangan dgn ketara. Jika botak biarkan. Jgn ditutp kekurangan itu dgn rambut tepi.Ia memcacatkan penampilan & membuatkan anda nmpk spt kurang keyakinan diri.
  25. Kasut bertumit hanya sesuai utk wanita. Lelaki pendek patut elakkan kasut bertumit krn nmpk kelakar.
  26. Pastikan tali leher diseterika rapi & diikat kemas. Tali leher dipakai utk memberikan penampilan segak, tdk guna bertali leher jika ia hanya memcacatkan penampilan.
  27. Selaraskan kasut & tali pinggang. Warna kasut & tali pinggangt yg terselaras memainkan peranan dlm penampilan seseorg terutama lelaki. Percayalah kebijaksanaan menyelaraskan kedua2nya memberikan gambaran lbh meyakinkan.
  28. Cukup tidur. Tidur penting utk memastikan proses pembaikpulih badan berjalan lancar. Ingat! Kala anda tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan & kecantikan.
  29. Jaga kesejahteraan seluruh badan. Penampilan hebat terletak pada penjagaan & penyelarasan dr hujung rambut ke kaki. Pastikan tiada bahagian yg diabaikan.
  30. Pastikan kuku sentiasa dipotong @ dibentuk & dibersihkan. Bagi wanita pula, jika mahu mewarna kuku, pastikan ia sentiasa berjaga & tidak terkopek2. Ia memberi gambaran anda seorg yg tidak senonoh.
  31. Jgn lupa memuji. Bukan memuji sepanjang masa tetapi pada waktu yg sesuai & bila perlu. Berikan pujian kpd ibu bapa, suami , anak, rakan sekerja, anak buah ditempat kerja @ sesiapa shj yg layak menerimanya krn tindak balas mereka akan memberi 1000 makna dlm hidup.
  32. Penampilan hebat bukan hanya pd pakaian. Cara kita berjalan, bertutur & apa yg keluar drpd mulut anda juga mencerminkan keperibadian.
  33. Jauhi cemburu. Cemburu adalah 'penyakit' plg bahaya kerana ia boleh membuat seseorg terdesak bertindak liar, bercakap perkara yg tidak baik @ bersifat kurang cantik. Elakkan sifat ini dlm apa juga hal & suasana krn ia pasti menyerlah di wajah & membuat penampilan tercemar.
  34. "keyakinan diri" adalah paling hebat. Bina keyakinan diri krn ia penting utk penampilan hebat. Bagaimana bergaya @ trendy sekalipun anda jika tiada keyakinan diri, penampilan pasti tenggelam. Tarik nafas dlm2 & hembuskan melalui mulut sebanyak 5 kali smbl berkata dlm hati " Aku nmpk hebat" sebelum tampil dikhalayak setiap kali. Mudah-mudahan ia dpt membantu.
  35. Elakkan berpakaian sendat @ melekap tubuh di tempat kerja, jika anda berada di bidang yg serius spt pengurus & sebagainya. Ia lbh sesuai digayakan waktu malam bilamana anda lbh santai & ingin berseronok.
  36. Jadilah diri sendiri! Personaliti seseorang mencerminkan keindahan yanga ada pada dirinya. Walauapapun yang anda salutkan ke tubuh, semua itu hilang tanpa personaliti yang menarik...

* yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan*

Wednesday, November 11, 2009

my baby.....


hai to all... aku mintak maafla bebenor sbb terlalu bz skrg..kdg2 org call aku tak jwb..org msg aku reply lmbt sgt..dan kdg2 terlupa terus nak reply...bz nie sbb opis...if sbb keja sendiri takla rasa penat sesangat...coz keja sendiri aku happy....aku boleh arrange time aku sendiri...jumpa sapa aku mau..kat mana semua aku ttpkan...tapi keja opis nie...tak bolehla...
dalam aku bz bz nie...aku baru tersedar yang anak aku yang 'paling baru' 'yang paling kecik' dah hmpr berusia 7 bulan...cepatnya masa berlalu....skrg baby aku nie dah boleh merangkak, dah boleh duduk,dah mula berdiri dan pandai panggil orang...bila aku dengan hubby balik dia macam tau tau je niela masa untuk dia main dengan kitorg..jangan tinggalkan dia kejap pun..menangis cepat je...
senyum dia menawan...dan sekarang terlalu aktif...tapi amat kesian kat dia bila abg yg tengah asyik buli dia...sayang sayang tapi bila geram si kecik tue la jadi sasaran...tapi apakan daya...dia tak leh lawan lagi...
anyway...to you my youngest baby...mama & ayah love you sooo much as we love your brother...be good son....we pray for your safety and happiness honey....

Thursday, November 5, 2009

KAU.....Insan amat istimewa bagiku....


Di kala aku sendirian di opis menyiapkan kerja-kerja budget ku, aku tiba-tiba terasa rindu yang teramat kepada jejaka itu...Insan yang telah mencuri hatiku sejak 8 tahun yang lalu....
Telah banyak kenangan pahit manis yang aku lalui sejak aku bersetuju menjadi peneman hidupnya...Walau apapun...aku tahu aku amat bersyukur kerana dikurniakan 'dia' sebagai kekasih hatiku,sahabat ku, pendorong semangatku,peneman suka duka ku (walaupun kdg kala dia tak tau pun naper aku nangis), suamiku dan ayah kepada 3 heroku....
Dia seorg yang bersemangat waja,sentiasa berusaha untuk berubah menjadi yang terbaik, sentiasa memberikan yang terbaik pada kami, seorg yg kelakar, seorg yg 'sweet', seorg yg agak baran & seorg yg kdg2 romantik....
Aku bersyukur waalaupun hidup kami penuh onak & duri namun kami masih tetap utuh bersama... Doaku agar Allah berikan yang terbaik buat kami berdua & keluarga kami...Moga segala rintangan & dugaan yang diberikan pada kami dpt kami lalui dgn penuh kecekalan...Moga jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat.... I love you....My Hero of all...
(nukilan hatiku: wahida-10.05 mlm/di opis)

Monday, October 5, 2009

Coklat untuk bijak mengira?


Cuba anda perhatikan betul2 imej di atas? Apa tue? ?
Ya....Betul seperti yang anda fikirkan...Itu adalah imej coklat... Tak kisah la Cadbury ke, Van Houtan ke...janji coklat...
Mengikut penyelidikan yang telah di buat oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. David Kennedy dari Universiti Northumbria, U.K coklat bukan hanya pembangkit perasaan cinta tetapi boleh meningkatkan kemahiran mengira di dalam diri individu. Pengambilan coklat dlm menu harian dpt meningkatkan kemampuan otak dlm melaksanakan tugas berhubung angka.
Ini kerana kandungan flavanols dalam coklat berfungsi utk tingkatkan aliran darah yang menuju ke otak. Jumlah tersebut mampu melawan penurunan fungsi otak. Semakin tinggi kandungan Flavanols dalam tubuh, bermakna kemampuan otak utk bekerja & mengira menjadi semakin baik..
So, makan coklat boleh...tapi jangan overdose...if tak gemuk membazir coz coklat mahal seh...Lainla if korang kawin anak tokey coklat...@ korang sendiri anak dia...so bolehla amal selalu...
Okla... see ya...
Ta...da....