Thursday, November 19, 2009

36 CaRa Untuk NamPak HeBat....






Jika anda berAzam untuk Mengubah Gaya @ cuba memberi penampilan baru pada Diri tetapi masih berasa jaUh keTinggalan & masih dalaM peRingkaT Trial & Error, beberapa tipS boleh diamaLkaN :-


  1. JangAN tiRu gaYa Org Lain. Cari 1 KeisTimewaaN @ PerSamaan Yg BoleH anda Gunakan, munGkin Warna & caRa SoleKan Mata cthnya.
  2. Jgn Buat PeruBahaN menDadak. Secara Psikologi, PerubahaN Berperingkat-peringkat lbh Bgs DrpD perubahan Yg dibuat Secara MendaDak KrN anda Blh Membina KeyaKinan diri setiap kali anda MembuAt PerubaHan.
  3. RaMbuT adalah 1 Aset Yg Penting yG mampu Menghasilkan perubahan & Imej yg Berbeza. Hati2 sblm Memotong Rambut @ menukar gaya. Dptkan NasiHat Jurudandan anda terLebih Dahulu.
  4. Pilih waRna paKaian sesuai kedudukan & kerjaya. Jika Dibidang Korporat, adalah sesuia anda menggunakan warna2 yg menampakkan "I mean business" & hebat.
  5. 6 bln @ 1 thn sekali dptkan makeover di pusat membeli belah yg biasanya membuat promosi solekan & nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.
  6. Bertukar2 haruman. Jgn gunakan 1 haruman lbh 30 hari.. Tahukah anda haruman berupaya menukar mood @ perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yg anda pakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah anda pd penampilan anda. & setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya dasar bunga lbh romantik, limau & tumbuhan mencetuskan kesegaran & keceriaan sementara bau rempah boleh menghasilkan 1 keyakinan.
  7. Gincu bibir memainkan peranan penting menyerlahkan wajah & membuatkan org mengingati anda Dgn warna yg anda pakai.Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari supaya org tidak berpendapat bahawa mereka berhadapan dengan 'tembok' yg sama.
  8. Jika ingin mencuba warna terang & lantang tetapi tidak berani , gunakan teknik berperingkat.
  9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dptkan rawatan facial nyahtoksin & kembalikan kesegaran.
  10. Kunjungi spa @ pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuatkan anda berasa segar & sentiasa bertenaga
  11. Bersukan blh menyegarkan badan & memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman & lari drpd ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual ttg perkara yg menyeronokkan, luar skop kerja & keluarga.
  12. Bersenam. Jika anda tidak pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti utk kesihatan melalui bersenam seperti aerobik, tai chi & sebagainya yg bukan shj menyeronokkan badan ttp melegakan kesihatan.
  13. Hentikan merokok. Selain mengganggu sistem tubuh, merokok menbuatkan anda kurang bergaya @ kurang 'cool' krn ia memberi gambaran seseorang itu sedang berserabut fikirannya.
  14. Makan makanan yg boleh membuatkan anda gembira & ceria seperti kek, coklat, cip kentang & sebagainya asalkan jumlahnya tidak keterlaluan.
  15. Elakkan makanan proses & berlemak tinggi secara berlebihan krn ia boleh mengganggu & melemahkan sistem tubuh & seterusnya membuatkan kulit & badan anda tidak sihat.
  16. Dgn cara pemakanan & makanan yg kita makan hari nie, supplement @ zat tmbhn adalah penting. Pastikan anda mendapatkan vitamin, galian & zat tmbhn yg diperlukan. Dptkan nasihat doktor anda apa yg anda perlukan & jenama terbaik utk anda.
  17. Jgn abaikan kasut & beg tgn. W/pn kasut & beg tgn dipaki utk keperluan tertentu, anda patut suaikan beg tgn & kasut dgn pakaian jika ingin penampilan anda hebat & berkesan.
  18. Pastikan kasut anda dilap bersih & tdk berlumpur di tumit. Ia mencacatkan penampilan & menggugat Kepakaran kerjaya anda.
  19. Sederhana utk Korporat. Pakai perhiasan seperti anting2, rantai & gelang sederhana & kecil jika anda dibidang korporat. Begitupun anda boleh mencuba yg agak besar jika berani ttp pastikan ia sesuai gaya, pakaian & peribadi anda.
  20. Elakkan kerlipan.!! Utk aktiviti @ tugas siang, cuba elakkan perhiasan, pakaian juga solekan yg berkilat @ berkilau. Simpan ia utk digayakan pd waktu malam.
  21. Briefcase hasilkan gaya hebat. Ia amat sesuai bg anda yg berada di peringkat eksekutif. Selain menampilkan gaya hebat anda nampak serius dlm tugas.
  22. Cuba maskara. Ramai wanita tidak begitu minat menggunakan maskara krn bimbang nampak terlalu bersolek. Begitu pun pemakaian selapis maskara mampu memperindahkan mata & keseluruhan wajah serta membuatkan mata nmpk segar bersinar.
  23. Air amat penting utk kehidupan. Pastikan sebotol air galian disisi setiap masa, di meja pejabat, dlm kereta @ pun beg tgn. Minum beberapa teguk setiap 1/2 jam utk kembalikan kehilangannya. Ingat air menentukan perjalanan zat dlm darah & bagus utk kulit. Cukup air, kulit segar & anda tampil hebat.
  24. Jgn sembunyikan kekurangan dgn ketara. Jika botak biarkan. Jgn ditutp kekurangan itu dgn rambut tepi.Ia memcacatkan penampilan & membuatkan anda nmpk spt kurang keyakinan diri.
  25. Kasut bertumit hanya sesuai utk wanita. Lelaki pendek patut elakkan kasut bertumit krn nmpk kelakar.
  26. Pastikan tali leher diseterika rapi & diikat kemas. Tali leher dipakai utk memberikan penampilan segak, tdk guna bertali leher jika ia hanya memcacatkan penampilan.
  27. Selaraskan kasut & tali pinggang. Warna kasut & tali pinggangt yg terselaras memainkan peranan dlm penampilan seseorg terutama lelaki. Percayalah kebijaksanaan menyelaraskan kedua2nya memberikan gambaran lbh meyakinkan.
  28. Cukup tidur. Tidur penting utk memastikan proses pembaikpulih badan berjalan lancar. Ingat! Kala anda tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan & kecantikan.
  29. Jaga kesejahteraan seluruh badan. Penampilan hebat terletak pada penjagaan & penyelarasan dr hujung rambut ke kaki. Pastikan tiada bahagian yg diabaikan.
  30. Pastikan kuku sentiasa dipotong @ dibentuk & dibersihkan. Bagi wanita pula, jika mahu mewarna kuku, pastikan ia sentiasa berjaga & tidak terkopek2. Ia memberi gambaran anda seorg yg tidak senonoh.
  31. Jgn lupa memuji. Bukan memuji sepanjang masa tetapi pada waktu yg sesuai & bila perlu. Berikan pujian kpd ibu bapa, suami , anak, rakan sekerja, anak buah ditempat kerja @ sesiapa shj yg layak menerimanya krn tindak balas mereka akan memberi 1000 makna dlm hidup.
  32. Penampilan hebat bukan hanya pd pakaian. Cara kita berjalan, bertutur & apa yg keluar drpd mulut anda juga mencerminkan keperibadian.
  33. Jauhi cemburu. Cemburu adalah 'penyakit' plg bahaya kerana ia boleh membuat seseorg terdesak bertindak liar, bercakap perkara yg tidak baik @ bersifat kurang cantik. Elakkan sifat ini dlm apa juga hal & suasana krn ia pasti menyerlah di wajah & membuat penampilan tercemar.
  34. "keyakinan diri" adalah paling hebat. Bina keyakinan diri krn ia penting utk penampilan hebat. Bagaimana bergaya @ trendy sekalipun anda jika tiada keyakinan diri, penampilan pasti tenggelam. Tarik nafas dlm2 & hembuskan melalui mulut sebanyak 5 kali smbl berkata dlm hati " Aku nmpk hebat" sebelum tampil dikhalayak setiap kali. Mudah-mudahan ia dpt membantu.
  35. Elakkan berpakaian sendat @ melekap tubuh di tempat kerja, jika anda berada di bidang yg serius spt pengurus & sebagainya. Ia lbh sesuai digayakan waktu malam bilamana anda lbh santai & ingin berseronok.
  36. Jadilah diri sendiri! Personaliti seseorang mencerminkan keindahan yanga ada pada dirinya. Walauapapun yang anda salutkan ke tubuh, semua itu hilang tanpa personaliti yang menarik...

* yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan*

No comments:

Post a Comment